Dugaan

Harini, aku jumpa sahabat baik aku setelah sekian lama tak bersua. Tapi pertemuan kali ini berbeza dengan sebelum ini, dimana dulu dipenuhi dengan suasana ceria gembira gelak ketawa bagaikan tak ingat dunia. Kali ini, dipenuhi dengan suasana yang suram.

Saat dia mula bicara, dia mula mengalirkan air mata. Bicara tentang masalah dan dugaan yang dialaminya. Berat untuk dipikul sebagai seorang hamba yang lemah. Sungguh, aku terkedu. Aku hanya mampu mendengar. Riak wajah aku kosong, dan tanpa sedar aku juga turut menangis. Jiwa aku hilang, lidah terkelu. Sebarang kata nasihat dan kata semangat pun aku tidak mampu nak ucapkan. Hanya diam dan menangis.

Kalau sebelum ini , kata nasihat dan semangat lancar sahaja keluar dari mulut ni, tapi untuk ini tidak. Mulut aku terkunci dek kerana hati yang terkejut mendengar ceritanya. Aku tidak dapat bayangkan jika berada ditempatnya. Jika sebelum ini, aku fikir masalah cinta tidak berbalas aku ni adalah masalah yang perit , tapi tidak. Sahabat aku lebih lagi merasainya. Dugaan yang tidak juga mampu dipikul dengan kuat nya seorang lelaki.

Aku tidak berniat untuk cerita masalah itu. Kerana setiap cerita ada rahsianya. Cukuplah ia disimpan sebagai rahsia seorang sahabat.

Aku sentiasa ingat ayat ini,

"Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hambaNya"

Jadi, sahabat aku itu merupakan orang yang kuat dan cekal hatinya.
Sekarang, aku hanya mampu katakan "semua yang berlaku ada sebab, mungkin bukan sekarang tapi pada masa akan datang" berulang ulang. Sebab aku sendiri tidak yakin cukup kah kata nasihat dan semangat untuk pulihkan keadaannya ? aku rasa tidak.

Aku akan tolong dia. Semoga apa yang akan aku lakukan ini, dipermudah dan diredhai Allah. Semoga dugaan dan masalah dia sekarang akan dibalas dengan kebaikan dan kebahagiaan. Insya Allah.

Festival Tradisional dan Keusahawanan Hospitaliti


Assalamualaikum :) 

pada 24/2/2014 fakulti aku ada buat Festival Tradisional dan Keusahawanan.. So , budak kelas pelancongan dan kelas acara telah dipaksa *ecehh* untuk membuat aktiviti explorace .. woo explorace lah game yang paling aku suka ! *tapi bab lari-lari ke hulu hilir memang failed !

Kita orang perlu menjadi urus setia bagi 1 checkpoint . 1 checkpoint perlu ada 2 orang urus setia .. Aku dengan Kiera amek checkpoint nombor 9 , game kita orang adalah ... 
-
-
-
-
TIUP BELON SAMPAI PECAH !

"hak alahh , senang gila babas lah game ni" 
"budak sekolah punya game -,- "

Amboi-amboi , kutuk nampak ??! 
aku amek game senang ni sebab nanti kerja aku pun senang .. duit pun hanya keluar untuk beli belon . tak payah nak susah payah beli itu ini , beria sakan .. kan ?? hee 
Game kitaorang ni .. peserta hanya perlu tiup belon serentak , dan pecah serentak ! kalau tak pecah serentak , dikira gagal .. so dikenakan denda !! 

Haaaa bab topik pasal DENDA ni memang best kan ? Dulu masa aku sem satu , budak senior mendajal aku .. now aku pula mendajal orang :p  
tapi denda aku takde lah kejam sangat , senang je !
1. Syasya Solero ( peserta perlu buat aksi comel macam syasya solero )
2. Peluk pokok ( peserta perlu peluk pokok sambil jerit "saya sayang dia !!!" )
3. Jalan Itik ( peserta perlu jalan itik sampai tiga tiang , pastu patah balik )
4. Nyanyi Lagu ( peserta perlu nyanyi lagu negeri kuat-kuat )
5. I love you ( peserta perlu ucap "iloveyou" pada kawan dengan penuh perasaan ! )

HAHA , macam-macam perangai , ragam dan karenah aku tengok masa diaorang buat game ni .. Ada yang takut nak tiup belon , ada yang takut nak pecahkan belon , ada yang semput tak boleh tiup belon . Kalau perempuan tu aku tak kisah lah , sebab aku pun takut nak pecahkan belon .. tapi ini lelaki !! Muka ganas , tapi ? hmmm tak pelah :) 
yang paling aku suka , masa diaorang gagal then kena denda ! yang paling-paling best terbabas , denda "Syasya Solero" ! comel sangat diaorang buat , lagi-lagi lelaki .. atototo kiutt !

Itu je aku nak kongsi , ini adalah pengalaman pertama aku menguruskan game explorace ni ! Memang best , harap dapat buat lagi ! 

bye ~ 

Cipta pengalaman untuk kesenangan masa hadapan !

Mini February Giveaway

Assalamualaikum !
Hari ni aku join GA lagi , mane lah tahu boleh menang :) 
nak join ? dipersilakan !
Sebelum tu , sila tekan [SINI
hehe thanks :D


[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st Top Referral:
1x Natural Bamboo Slimming Suit bernilai RM55

2nd Top Referral:
1x 4 Strand Mixed Bracelet bernilai RM38

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Hairclip
2x Fridge Magnet
2x Button Badge
4x Keychain
4x Bookmark

Style Shades
Brooch Riben
Belt
Mini Pouch
Necklace (with box)

Obuse Liptint
Majalah JOM!
Album Gambar 4R
Handsock berenda
EXO XOXO Sehun Replica Photocard


Good Luck to you , and Good Luck to me :)