Kisah aku sebagai seorang pelajar


Assalamualaikum :) 
okeyhh , aku nak story tentang kehidupan aku sebagai seorang pelajar kolej . Kolej aku jauh gila kot dari rumah ! kat melaka *buat muka terkejut* -,- hahaha , dekat je lah , rumah dekat PD je pun . Kalau hari-hari balik pun takpe ! tak payah susah-susah duduk asrama :'(

Aku tak pernah merasa duduk asrama , and berjauhan dari family *bukan jauh sangat pun* . So tipu lah kalau aku cakap yg aku tak menangis masa hari pertama kena tinggal dekat situ , ishh buat malu je ! tapi aku takde lah menangis meraung macam budak darjah 1 tu , and aku tak menangis depan orang ramai , and aku tak menangis depan mak ayah aku ! Buat apa menangis macam tu , tak rock lah !
Aku menangis sorang-sorang kat beranda , dah lah malam .. lepas tu menghadap hutan ! perggh berani kan ? ni baru rock :p 

Lepas 3 hari duduk situ , aku dah tak nangis .. sebab dah ada kawan :)  *so bermakna 3 malam berturut-turut aku menangis , kantoii -,- *

Masa aku sem 1 , aku tak selalu tidur di katil aku sendiri .. aku banyak menumpang katil dengan Kak Fatin . sebab apa ? sebab masa aku sem 1 , banyak sangat kisah seram yang aku dengar yang berlaku di kolej tu .. Bilik aku dengan Kak Fatin tak sama , jadi disebabkan aku ni penakut .. aku selalu lah bodek Kak Fatin untuk tidur di katilnya , dia pula bagi je sebab dia pun penakut juga :D 

Tapi bila aku dah sem 2 , tak de dengar dah kisah-kisah seram tu .. So aku dah berani tidur di katil aku sendiri .. Alhamdulillah :)

Kelas pula , Alhamdulillah takde masalah .. rajin je aku pergi *tipu je* 
bila tak de kelas , aku suka rehat je kat bilik sambil tengok movie kat laptop  .. bila 1 hari takde kelas , kadang-kadang aku outing dengan kawan-kawan . bila banyak hari takde kelas , aku balik rumah je terus ! HAHA .. yelaaa , buat apa duduk asrama bila tkde kelas kan ? buang habis duit je , kalau duduk rumah save sikit duit , boleh menabung untuk masa depan *buat kawin ke* ! 

Kawan-kawan kat sana semua ohhsemmm ! aku ada 3 orang kawan yang agak rapat .. Kiera , Wanie and Shaz .. Kiera kawan pertama aku kenal ! Wanie dengan Shaz lambat sikit aku nak rapat .. tp bila dpat tahu diaorang punya rumah dekat dengan rumah aku , kita orang jadi rapat .. so bila pergi kelas , kita orang selalu pergi sama-sama . 

Kehidupan sebagai seorang pelajar kolej memang best ! walaupun pada mulanya agak sukar , tapi dengan ada nya semangat untuk menimba ilmu , kita pasti boleh menempuhinya ! Jangan fikir seronok je bila dah duduk berjauhan dengan family , yelaaa .. nak buat itu dan ini tak ada orang yang menghalang . Nak berseronok itu boleh , tapi jangan melampau sampai kelas selalu ponteng .. asyik outing ke sana sini . 
Ingat , tujuan kita sebagai pelajar untuk menimba ilmu .. dan tujuan kita sebagai anak adalah untuk balas jasa ibu bapa kita :) 

Itu saja kisah aku , tak tahu nak cerita apa lagi :p   kalau ceramah aku tu ada yang salah and ada yang kurang , minta maaf keah . Aku hanya budak biasa .. 
Jadi , kepada adik-adik yang tengah tunggu keputusan SPM , kalau dapat tawaran sambung belajar , cepat-cepat lah pergi kea ! Jangan takut untuk tinggal jauh dengan family macam aku tau :p
Pengalaman kan mematangkan diri kita ! hihi 

Assalamualaikum , bye :)